PULAU BATAM, HOTEL DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK INDONESIA BAB 2

 Di bangunan bawah Favehotel terdapat gerai-gerai 'Food Court' yang Halal dan Tidak Halal.

Selepas masuk ke Favehotel,Nagoya Batam kami keluar berjalan-jalan ke Kampong Food Fiesta Batam yang berdekatan hotel. Yang telah diadakan pada 13 Julai hingga 17 Julai 2022.


Gambar di belakang kami ,ialah permulaan tapak-tapak gerai yang memperkenalkan antara jenis-jenis  makanan di Batam.

Antara yang menarik di 'Kampong Food Fiesta' Nagoya,Batam.
Bakso di 'Kampong Food Fiesta' Batam yang unik dengan telur di dalamnya bebola ayam atau daging ,ada juga bebola ikan.


Selain itu ada gerai yang menjual jus- jus perahan limau segar.



'Jeruk Peras' ini adalah warong menjual air perahan limau Kasturi segar. 

Telur goreng gulung juga antara makanan yang menarik dan unik.
Di makan bersama sos cili.



Antara lain,terdapat satu lagi gerai yang menjual air perahan Tebu di mana pilihan di beri mengikut citarasa tersendiri.
Seperti Air Tebu di letak cincangan Buah Nenas,Buah Strawberi,Buah Naga,Oren ,Lemon,Pandan, Yakult, Buah Tembikai dan lain -lain lagi.Panggilan Tebu di Batam ialah Sabu.









Ini satu lagi gerai menjual air buahan. Bagi peminat Buah Avocado jus,adalah antara menu yang ada di gerai tersebut.

Di bawah adalah antara gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman.





Dengan harga yang berpatutan ,anda akan dapat merasai makanan dan minuman yang terdapat di Batam.Walaupun Kampong Food Fiesta telah tamat,anda masih boleh menikmati makanan ini apabila berkunjung ke Pulau Batam.
Selain makanan,terdapat persembahan tarian tradisional,seperti kuda kepang dan lain-lain lagi. Persembahan rakyat tradisi  tidak kurang beza dari negara Malaysia. Kerana suatu ketika dulu sememangnya serumpun.

Selepas itu kami di bawa melawat satu lagi hotel yang popular di Batam.

Dari Lapangan Terbang Hang Nadim hanya  mengambil masa lebih kurang 25 minit dan  dari Batam Center Ferry Terminal  kurang 30 minit dengan jarak 8.6 KM untuk sampai ke Hotel.                                                                              Sebelum makan malam yang di taja oleh Aston Hotel,kami singgah ke Aston Gideon Inn. Dimana pusat membeli belah Grand Batam Mall dan Batam City Square Mall berdekatan. Berjalan kaki beberapa minit saja untuk sampai. 

Terdapat juga gerai-gerai makanan Halal dan Tidak Halal berdekatan dengan Hotel Aston Inn Gideon.
Hotel Aston Inn Gideon bertaraf 3 Bintang.

Aston Inn Gideon Hotel




Gambar-gambar di bawah adalah antara bilik-bilik yang terdapat di Hotel Aston Inn Gideon,Batam.










Restoran Bamboo
Terdapat 6 jenis bilik di Aston Inn Gideon,Batam.
Iaitu bilik jenis,
Superior
Deluxe
Premier
Exekutive Suite
Famili
Famili suite

Semua bilik di lengkapi dengan dengan kemudahan asas sepertiTv,alat pengering Rambut dan wifi.
Lain-lain jenis bilik di lengkapi juga dengan Mini Bar dan peti sejuk.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Aston Gideon Inn Hotel di bawah,

https://www.astonhotelsinternational.com/en/hotel/view/76/aston-inn-gideon---batam

Phone: 62 778 430420

Whatsapp: 628117036389

📍Jl. Komp. Penuin Centre No.1, Batu Selicin, Kec. Lubuk Baja, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia


@batamtourismpromotionboard
@favehotelnagoyabatam 
@astonnagoya 

#batam #batamtourism #batamtourismboard #batamtourismpromotionboard #pesonaindonesia #wonderfulindonesia #wonderfulriauislands #wonderfulbatam #indonesia #indonesiatourism
#favehotel #favehotelnagoyabatam #astonnagoya #nagoyatamrincity #culinary #food #fiesta #kampung #travel

Ikuti sambungan bab ke 3 cerita nori..
























No comments:

Post a Comment