Italy-Genoa- Monaco-Nice-Florence-Venice- Rome






Hari ke 2

Duomo Of Milan
Pembinaan Duomo Of Milan (Gereja) bermula  pada tahun 1386. mengambil masa selama 5 abad untuk di siapkan. Direka oleh Arkitek Simone De Orsenigo berserta kerjasama 300 pekerja. 

Siap pada tahun 1965. Boleh memuatkan seramai 40 ribu orang.
Di bina dari batu Marmar Candoglia  dari pergunungan Alpine.




Galleria Bittorio Emanuele II adalah galeri membeli belah yang tertua di Itali. Ianya terkenal di Milan. Dia kawasan berdekat Gereja Milan (Duomo Of Milan)
2 banggunan arked bertingkat empat di tengah-tengah bandar Milan. Mengambil nama semperna Raja Itali Victor Emmanuel II.
Di reka oleh Akitek Gluseppe Mengoni di antara tahun1861-1877.



Milan Muslim Center (My Note)
its just 4 km away from Duomo Of Milan City Center.Mostly patron by Bangladeshi.
The Iman were very helpful and friendly.
Adress:
Via Guido Cavalcanti, 8, 20127 Milano MI, Italy
Tel No :+393271806115


Terdapat 230 kedai di Outlet Serravall .Serravalle Designer Outlet adalah 'Outlet' yang pertama dan terbesar di Itali.
Dengan reka bentuk klasik Itali.
Terdapat restoran, kafe dan kawasan permainan kanak-kanak.
Terdapat jernama-jernama terkenal seperti Prada, Burberry, Bulgari, Dolce & Gabbana,Armani,Adidas,Valentino,Nike,Fendi,Jimmy Choo,Furla,Polo, Burberry. Hingga lah ke fesyen sukan seperti Nike dan Slam. Dan yang kasual seperti jenama Guess dan Desigual.

Kepada yang mencari jenama Louis Vuitton,boleh di dapati di Galleria Bittorio Emanuele II ,Milan,Rome dan Nice Perancis.



https://www.mcarthurglen.com/en/outlets/it/designer-outlet-serravalle/stores/

Hari ke 3
Lawatan ke 
Monte Carlo,ibu negara Monaco.
Perlu berjalan kaki dari bangunan parking bas naik ke aras atas. 
Ada tandas free di bangunan parking bas.
Berjln kaki melalui kedai-kedai ke kediamam rasmi Raja Albert II. Terdapat kedai-kedai cenderamata.





Pada setiap pagi pukul 11:55 persembahan adat lama pertukaran pengawal istana yang berpakai seragam hitam atau putih yang menarik perhatian di adakan di dataran Istana mengikut musim bagi warna pakaian seragam. Oleh kerana masa setibanya kami di situ,terlalu ramai orang,dan tiada ruang mengambil gambar.




Nice- Perancis




Nice merupakan sebuah bandar peranginan dengan laut yang biru terletak di Tenggara Perancis pinggir Laut Mediterranean di dalam Cote d' Azur ( Coast of Azur).Adalah destinasi pelancongan sejak beratus tahun dahulu.
Bandar Nice 30 km dari Sempadan negara Italy dan 13 km dari Negara Monaco. Tiada ' Check Point' imigrasi di perlukan melalui darat.

Pada abad ke 18, Cote d' Azur adalah kawasan peranginan yang moden yang di kunjungi oleh British atasan. 
Dan di pertengahan abad 19 ,menjadi tempat kunjungan orang British,Russia, Ratu Victoria, Raja Edward ke VII dan Rothschild.Pada abad ke 20, di kunjungi juga  oleh penulis dan artist Pablo Picasso dan Hendri Matisse.
Lapangan terbang Nice Cote d'Azur adalah yang ke 3 tersibuk di Perancis. 

Nice, Winter Resort Town of the Riviera telah di Wartakan di bawah UNESCO warisan dunia pada tahun 2021. Nice menerima lebih kurang 4 Juta pelancong pada setiap tahun dengan capacity hotel yang ke 2 terbanyak di Perancis. Penduduk menghampiri 1 juta orang pada 2022.

Dimana Hard Rock Cafe dan Louis Vuitton ada berdekatan  Meridien Hotel di  deretan parking bas persiaran. Guna tandas di Hard Rock atau di restoran ketika makan tengahari.


Hari ke 4
Lawatan ke 
Pisa Duomo

Dari tempat parkir bas persiaran,kami terpaksa menaiki pengangkutan awan dari situ ke Menara Pisa. Ini disebabkan oleh undang-undang tidak membenarkan bas-bas persiaran berhenti di kawasan tapak pelancongan.
Bayaran dikenakan dengan harga 💶 Euro 1.5 seorang.

Bas Awam

Ticket untuk naik ke bangunan Leaning Tower dengan harga.







Tandas berada di belakang Duomo,bangunan Warna oren. Bayaran masuk 1 Euro.
Terdapat banyak kedai- kedai yang menjual cenderamata semurah 50 sen Euro ke 1 Euro bersaman Rm 2.50 - 4.50. yang paling termurah.
Berdekatan dengan restoran bangladesh. Ramai pekedai-pekedai berbangsa Bangladesh di situ.

Untuk memasuki 6 museum di kawasan Pisa, adalah lebih menguntungkan berbanding hanya memasuki 1 bayaran masuk 💶 Euro 20. Di mana jika memasuki 6 berjumlah Euro 27, Tetapi faktor masa mungkin tidak mengizinkan.

Pembinaan bermula pada tahun 1173 dan siap pada tahun 1372.

Menara Pisa ini adalah sebahagian dari Gereja khatolik yang menempatkan loceng Gereja.
Ketinggian 55.86 Meter. Di perbuat dari marmar dan batu.Menaiki 296 langkah anak tangga untuk naik ke atas.

Pada abad ke 12 ,Menara Pisa mulai  menyondong ke 5.5 darjah di sebabkan permukaan tanah yang lembut.
Selepas di baik pulih antara tahun 1993-2001,kecondongan dapat di kurangkan ke 3.97 darjah.

Baptistery St. John

Bersebelahan Menara Condong Pisa. Pembinaan bermula pada tahun 1152.Di reka oleh Diotosalvi dari inspirasi Masjid Omar di Jeruselam. Di kaitkan hubungan Pisa dengan negara Islam sangat kuat pada ketika itu. Bagi perdagangan laut Mediterranean.

Terutama dengan negara Afrika Utara. 

Kemudian di ubah suai oleh Nicola dan Giovanni Pisano. Siap pada abad ke 14.

Menjadikan Gereja Baptistery yang terbesar di Itali. Dengan ke tinggian 55 meter. Ianya di bina sebelum Menara Pisa dan siap pada tahu 1363.




Florence
Pada hari yang sama,Selepas melawat Menara condong Pisa, bergerak ke Bandar Florence. Dari tempat parkir bas persiaran di tepi Sungai, kami berjalan kaki melintas jalan di lampu isyarat ke Bandar Florence.





Berjalan kira-kira 1.2km dari parkir bas ke Cathedral (dataran geraja). Terdapat banyak kedai-kedai cafe, boutique,kedai Gelato dan kedai barangan jenama. 
masing- masing mempunyai masa untuk membeli belah di situ.


Di Dataran Palazzo Vecchio yang luas ,tempat kami berkumpul.

Florence adalah ibu negeri Tuscany.
Dengan penduduk bandar melebih penduduk keseluruhan Tuscany, lebih kurang  1.5 juta.

Bandar Florence di kenali sebagai bandar yang di penuhi dengan reka bentuk  bangunan,lukisan,Arca dan kesenian yang klasik.

Pada 1982,Bandar Florence telah di wartakan sebagai warisan dunia UNESCO.

Karyawan Agung seperti Leonardo da Vinci, Michelangelo, Raphael, Brunelleschi, Botticelli, Machiavelli, Galileo, Francesco Redi dan ramai lagi telah di biaya oleh keluarga Medici, dari segi pembinaan bangunan kesenian dan buah fikiran oleh keluarga Medici yang kaya. 
Kekayaan mereka di perolehi dari perniagaan kayu dan insititu kewangan bank pada abad ke 14.
Pada abad ke 15,Bank keluarga Medici adalah yang terkaya di Eropah dan di hormati.

Terdapat lebih kurang 80 muzium di Florence. 
Antaranya ialah,

Muzium San Marco :
oleh artis Fra Beato Angelico, Fra Bartolomeo dan lain-lain lagi.

Bargello Museum:
Palazzo del Capitano del Popolo,adalah kediaman rasmi bagi Gabnor sehingga tahun 1502. Bangunan di bina sebelum tahun 1255. 
Kemudian di jadikan Majlis kehakiman Polis. Dimana 'Bargello' membawa makna Polis. Bahagian penjara di bangunan imi wujud sehingga tahun 1886.

Selepas itu wujud Muzium Bargello dengan artis-artis terkenal mempamirkan seni lukisan dan arca-arca oleh artis Donatello, Michelangelo,
Majolica (Tembikar Italy), Terracotta ( Tanah liat yang di bakar)digunakan sebagai hiasan dan bahan pembinaan hasil karyawan keluarga Della Robbia dan 
Kesenian Islam yang mengkagumkan juga terdapat di muzium Bargello.

Galeri Uffizi:
yang mempamerkan seni lukis yang di lukis oleh Titian dan ramai lagi.

Istana Pitti:
Selain itu Istana Pitti yang luas mempamerkan lukisan oleh Raphael.

Galeri dell’Accademia:
di mana hasil karya  Michelangelo’s David di tempatkan dan karyawan Botticelli juga di tempatkan di sini.

Tempat- tempat sejarah di Florence adalah di  muzium-muzium.

Tidak terlepas juga dengan Gelato atau Ais krim Itali yang diperbuat dari bahan seperti telur,gula dan susu yang di oles menjadi Ais Krim.
Di Florence juga terkenal dengan jaket kulit buatan tangan tradisional.

Kedai Barangan Kulit,Florence


Hari ke 5
Venice
Bergerak keluar dari hotel dalam pukul 8 menuju ke Venice(Venezia). Kira- kira 1/2 jam untuk sampai ke Jeti. Di situ terdapat tandas berbayar masuk sebanyak Euro 1. 
Dan terdapat beberapa kedai cenderamata yang menjual T.shirt,key chain,beg,magnet fridge dan lain-lain barangan dengan harga yang berpatutan. Yang paling termurah.Di sini memang berbaloi membeli. 

Jeti menaiki Bot



Kebanyakkan pekedai di Jeti Mestre adalah dari Bangladesh, ada yang pernah bekerja di Bukit Bintang, haha.. itu yang best sebab mereka cakap melayu di negara Italy. Tawar menawar adat kita, mereka agak perihatin dengan memberi diskaun.
Kalau sempat, setelah membeli, boleh ke bas meletak barang-barang di dalam bas atau meninggalkan di kedai tersebut. Jika pergi dan balik menaiki bot,akan melalui kedai-kedai cenderamata Bangladesh.
Ada perkhidmatan keretapi dari stasen Mestre masuk ke Bandar Venice selain menaiki bot.

Setelah itu, kami menaiki bot ke Bandar Venice. Di kenali juga Bandar terapung.Setelah sampai kami berjalan ke Dataran St Mark's. Dimana bangunan loceng San Marco di kawasan yang sama. Di situ tempat pertama kami berkumpul semula. Tempat ke 2 berkumpul bagi no, adalah di Jambatan Rialto berdekatan Hard Rock Cafe.

 
Jambatan Rialto

Venice terletak di Timur Laut Italy. Di Wilayah Veneto. Populasi penduduk lebih kurang 55,000 ribu pada tahun 2020. Di didirikan di atas kepulau-pulauan kecil sebanyak 118 
Pulau di lagun Venetian, lautan Adriatic. 

Venice di kenali dengan nama "La Dominante", "La Serenissima"  "Queen of the Adriatic", "City of Water", "City of Masks", "City of Bridges", "The Floating City", and "City of Canals".
Lagun dan sebahagian dari Bandar Venice di wartakan sebagai Warisan Dunia UNESCO atas keunikan reka bentuk dan kesenian.

Venice telah terbentuk pada abad ke 10 SM.
Pembinan bangunan-bangunan berasaskan kayu-kayu,batu-batu dan lumpur-lumpur keras.
Tahukah anda, cerucuk bangunan adalah dari kayu. Di sebabkan kayu-kayu cerucuk tersebut terletak di dalam lumpur-lumpur,dan tiada udara yang memasuki menyebabkan pereputan tidak mengambil tempat.

Sebaliknya galian-galian yang  mendapat kelembabpan menjadikan ianya lebih kukuh.
Cara untu ke Bandar Venice adalah dengan menaiki bot.Tiada pengangkutan darat selain berjalan. Pengangkutan yang menghubungkan sekitar Venice adalah dengan menaik bot 'Gondola' yang mashyur.

Terdapat 400 Jambatan di terusan terusan di sekeliling Bandar Venice 
4 jambatan rentang utama di terusan 'Grand Canal' adalah Jambatan Rialto dibina pada tahun 1590, Accademia  sekitar tahun 1930, Jambatan Scalzi pada tahun 1932 berdekatan dengan keretapi yang dari pantai tanah besar stesen Venezia Mestre di daerah Marghera. Yang ke empat adalah Jambatan  'Constitution' di bina pada tahun 2008.

Hari ke 6

McArthurGlen Designer Outlet Barberino (Barberino Di Mugello)

Branded and discounted outlet shops.Except for Louis Vuitton. . Brand names: Armani,Adidas,Valentino,Nike,Fendi,Jimmy Choo,Furla,Polo, Burberry and etc.











Hari ke 7.
Vatican City
Negeri Vatican di kelilingi Rome dan Italy. Pada tahun 1929, Negeri Vatican telah meneterai perjanjian Lateran Treaty dengan  Itali .Menjadikannya di perintah oleh paderi.

Negeri terkecil dari segi keluasannya 49 hektar dengan jumlah penduduk 453 .
Ibu pejabat bagi penganut Gereja Roman Katholik dan rumah kediaman Pope.( Padri)

Terdapat 70,000 Seni lukisan dan arca-arca di 54 Balai Seni. Sebanyak 20,000 dapat diperlihatkan dari Abad ke 16.
Bandar Vatican di penuhi oleh adat keugamaan dan kesenian.
Seperti St Peter's Basilica, Gereja Sistine dan Muzium Vatican. Seni lukisan dan arca moden oleh artis seperti Van Gogh, Gauguin, Dalí, Picasso.
St. Peter's Basilica adalah Gereja yang terbesar di dunia. Di perbuat dari marmar dan bingkaian emas.

Dataran St Peter's Basilica

Muzium Vatican mempamirkan arca kuno Roman seperti ''Laocoön and His Sons”frescoes di dalam bilik pamiran Raphael dan siling Michelangelo’s Gereja Sistine.

Pada tahun 1984,Bandar Vatican telah diwartakan di bawah Warisan Dunia UNESCO.
Pada hari Ahad ,Pope akan memberi ceramah kepada penganut- penganutnya di 
Dataran St Peter’s waktu tengahari. Dan pada setiap Rabu pukul.10:30am pula penganut perlu maklum balas kepada Vatican untuk berkumpul di dataran St Peter melalui email atau Fax.Tiada bayar diperlukan.

Keunikan Bandar Vatican dari segi Ekonominya yang di jana dari sumbangan penganut ugama Roman Kathlok, penjualan stem,barangan cendaramata,bayaran masuk ke muzium dan hasil jualan iklan. Semua barangan bebas dari cukai dan tiada cukai- cukai lain.
Pengambaran filem The Godfather Part III,Spectre,Angle & Demons dan lai - lain lagi.

Tiket-tiket lawatan ke Muzium dan Geraja St Basilica boleh di langan melalui dalam sesawang.

Dengan harga Euro 27.50  Tanpa juru pelancong. Tiada limit masa.

Dan harga berkumpulan 22 orang Euro 45 Bersama Juru Pelancong. Melawat
Vatican Muzium & Gereja Sistine 
2 jam 30 min.
Muzium  vatican di buka untuk di lawati pada waktu malam hingga ke waktu tertentu. Dari bulan April hingga Oktober, dibuka dari pukul 7 am- 11pm.
Dataran St Peter's


Colosseum, Rome
Panggung terbuka berbentuk bujur. Pembinaan bermula pada Tahun Masihi 69-79 di zaman pemerintahan Maharaja Vespasian. 
Siap dibina pada Tahun Masihi 80 di masa pemerintahan Maharaja Titus.

Colosseum





Di dirikan di tengah Bandar Rome.
Panggung terbuka ini adalah yang terbesar di dunia. Di namakan Colosseum Flavian.



Colosseum di bina dari bahan pembentukan galian mata air Batu Kapur, Batu Gunung Berapi dan permukaan Batu konkret.
Boleh memuatkan 50,000-80,000 pada zaman itu.

Colosseum di gunakan sebagai pementasan kepada 'Gladiator' perlawanan antara manusia dengan manusia atau manusia dengan binatang,Pertandingan,Drama,  tempat menjatuhkan hukuman dan pementasan  lakonan semula peperangan.

Pernah di gunakan sebagai Gereja selepas itu.
Dan sekarang ianya adalah muzium Colosseum.


Perlu turun tangga untuk ke Dataran Colosseum.
Tandas terletak di bahagian bawah tangga dari aras jalan raya. Tandas percuma.

Mesin air disediakan di arah aras bawah  menuju ke jalan raya. Perlu membawa botol kosong tanpa bayaran di kenakan.





Mesin air percuma


Air Pancut Trevi,Rome 

Mengambil nama semperna dari 3 batang jalan di kawasan dataran, atau dari 3 punca pancutan air yang awal.

Di bawah Padri Clement XII pada tahun 1732.
Dia telah melancarkan peraduan bagi artis-artis reka bentuk.
Diantaranya oleh Arkitek Nicola Salvi dan beberapa orang Arkitek lagi. 
Dengan ketinggian 26.3 meter memjadikan ianya Air Pancut yang terbesar di Bandar Rome. 
Beberapa pengambaran filem di adakan di Trevi Fountain seperti Roman Holiday pada tahun 1953, Three Coin In The Fountain pada tahun 1954, Federico Fellini's Classic 1960, La Dolce 1960, Sabrina Goes To Rome, 1998 dan The Lizzie McGuire pada tahun 2003. Menjadikannya salah satu Air Pancut yang termashyur di dunia.







Untuk melancong bersama saya,sila  hubungi di pautan di bawah.
Saya ada ajukan pakage mana yang terbaik dari 'Itinerary'. 
Picture credited: Via vacation

FB

IG


No comments:

Post a Comment