Italy, 9 Hari 6 Malam Milan, Genoa, Monaco, Florence, Venice & Rome

Persawat Etihad Airways 'Transit ' di Abu Dhabi dari KLIA memakan masa lebih kurang selama 7 Jam. Di dalam pesawat di hidangkan makan malam selepas berlepas 7:10 malam waktu Malaysia dan kami menunaikan solat Magbrib dan Isyak di dalam pesawat.

Anak-anak kapal Antarabangsa




Di dalam pesawat Eithad Airways ada penanda Kiblat digital yang sentiasa memberi indikator lagi berapa jam dan minit untuk solat yang seterusnya.Pada waktu itu menandakan waktu solat yang sebelumnya.


Semasa tidur dalam pesawat,pengadang kepala membuatkan lebih selesa dan aman.

Pesawat Eithad

Setelah sampai di Abu Dhabi,kami keluar menuju ke  'Check Point' di situ semua barangan seperti jam tangan,hp,laptop,tali pinggan tas tangan dan apa-apa yang ada di angota hendak lah di keluarkan dan di masukan ke dalam mesin Imbas X- Ray.

Di situ atas faktor keselamatan,mengambil gambar atau video tidak di benarkan.
Setelah selesai check point, kami terus menuju ke Terminal 3. Lapangan Terbang Abu Dhabi ada 3 terminal,iatu terminal 1,2&3.

Di Terminal 3 ,di antara pintu- pintu masuk perlepasan, ada di sediakan Surau dan Tandas. Dari lantai terminal 3 ,turun menaik lif atau tangga ke satu aras bawah sahaja.
Berdekatan Terminal 3 ,ada beberapa kedai-kedai barangan makanan,coklat,minyak wangi,kosmetik dan lain-lain lagi.

Lapangan Terbang Abu Dhabi

Lapangan terbang Abu Dhabi telah di dibina pada tahun 1984.
Dari aras lantai kedai-kedai, Bebas Cukai terdapat 'Food Court' menjual Nasi Bryani,Nasi Goreng,Burger King,Pizza dan lain- lain lagi.

Dengan harga sepinggan Nasi goreng sayur 32 Euro x 4.5 Rm bersamaan Rm 144.00. Makanan boleh di bawa ke dalam pesawat. Kecuali air semasa melalui 'Check Point Security' setelah sampai di Lapangan Terbang Abu Dhabi. 

Disini saya cadangkan membawa 'Cup Noodle' atau produk Nasi Bryani dari Sharifah Food yang boleh di beli secara atas Talian.
Air panas boleh di dapati di 'Food Court' aras atas dari kedai bebas cukai.

Terdapat papan tanda ke 'Transit' untuk yang akan meneruskan penerbangan seterusnya. Amat mudah jika kita mengikuti arah papan tanda. 
Bagi yang 'Transit' melebihi 1 jam ke atas,pintu pelepasan tidak akan dipaparkan, hanya Terminal saja yang di paparkan. 
Kita kembali untuk melihat pintu perlepas di papan jadual penerbangan pada waktu yang di paparkan di digital papan tanda.


Ada baiknya apa bila menunggu berdekatan di tengah-tengah antara pintu- pintu perlepasan dan kedai serbaneka.


Layari laman sesawang Sharifah Food di bawah.
#SharifahFood
Lot 4, Kompleks Industri Makanan MARA, KM 13, Jalan Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur, Selangor







No comments:

Post a Comment