Tanjung Pengelih- Batam Center Point International Ferry Terminal
1.Baru-baru ini saya telah menerima jemputan untuk lawatan ke BATAM MEGA FAM TRIP. Berasa sangat teruja kerana selama ini hanya mendengar yang laluan Ke Pulau Batam melalui pengangkutan Feri dari teman saya yang berada di Singapura. Dan melihat Pulau Batam dari peta sahaja haha.....tertanya-tanya juga bagaimana hendak ke sana dari Semenanjung Malaysia ke Pulau Batam.
Ternyata impian untuk ke Pulau Batam selama ini telah terjawab. Mula-mula kami dengan rakan-rakan Blogger dan Media mengambil keputusan untuk menaiki Bas Express dari TBS ke Sg Rengit pada jadual malam.Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam. Selepas waktu subuh,kami berangkat dengan kereta sewa ke Jeti Tanjung Pengelih. Sebelum menaiki Feri Dolphin Mv 5, kami singgah bersarapan di restoran berdekatan dengan Jeti Tanjung Pengelih.
Restoran ini berhadapan laut. Sambil menikmati sarapan pagi dengan keadaan aman dari kesesakan kota,tambah menyelerakan sarapan pagi kami.
Selepas sarapan,kami berjalan kaki kira-kira 150 Meter ke Jeti Tg Pengelih.
Perlepas Feri Dolphine MV 5 kami ke Pulau Batam pada pukul 11:30 pagi.
Masa telah tiba untuk menaiki Feri. Kami di bantu oleh kaki tangan feri untuk mengangkat bagasi.
Untuk maklumat lanjut feri,sila hubungi no di bawah.
Jeti Tg Pengelih
☎️: +6019-7444563
#BatamTourismPromotionBoard
🌐https://www.favehotels.com/en/hotels/view/151/favehotel-nagoya---batam
📍Jln imam bonjol, komplek nagoya thamrin city, tower A, lubuk baja kota batam
📥 batamnagoyainfo@favehotels.com
IG : https://instagram.com/favehotelnagoyabatam?igshid=YmMyMTA2M2Y=
FB: Favehotel Nagoya Batam
@batamtourismpromotionboard
@favehotelnagoyabatam
@astonnagoya
#batammegafamtrip
#batam #batamtourism #batamtourismboard #batamtourismpromotionboard #pesonaindonesia #wonderfulindonesia #wonderfulriauislands #wonderfulbatam #indonesia #indonesiatourism
#favehotel #favehotelnagoyabatam #astonnagoya #nagoyatamrincity #culinary #food #fiesta #kampung #travel #travelblogger
Sila ikuti bab ke 2 dari pautan di bawah
No comments:
Post a Comment