Pelancaran Hop On Hop Off Bas

Baru -baru ini pelancaran bas 'Hop On Hop Off ' Yg di ringkaskan kepada bas HOHO,telah di rasmikan di komplex beli belah IOI City Mall , Symphony 3.

YB Hee Loy Sian





Dirasmikan oleh YB Hee Loy Sian Exco Pelancongan dan Alam Sekitar bersama,

1.YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang

2) YBrs. Tuan Azrul Shah bin Mohamad, S.M.S.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor

3) YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof

Timbalan Ketua Pengarah Promosi, Tourism Malaysia

4) YBrs. Tuan Yaacob bin Mohamed

Pengarah LNH Tour & Transport

5) YBrs. Tuan Wilfred Wong

Penolong Pengurus Besar IOI City Mall

Keistimewaan bas HOHO,boleh di naiki semula selepas turun dari station yang sama ke destinasi seterusnya.





Bas HOHO Selangor dijangka bermula operasi pada permulaan suku kedua tahun 2023 dengan cadangan pengoperasian waktu percubaan `pilot test’ perjalanan bas HOHO Selangor bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga 9.30 malam dan sebanyak enam (6) trip perjalanan serta anggaran setiap satu trip perjalanan bas HOHO Selangor ini akan memakan masa 90 minit.










 Permulaan ‘pilot test’ bas HOHO Selangor ini ialah Laluan bagi Lingkaran-1 Sg. Pelek Sepang yang hanya akan dijalankan pada setiap hari Sabtu.

Tapak perhentian merangkumi: 

(1) Sama-Sama Hotel

 (2) Tune Hotel 

(3) Sepang International Circuit (SIC)

 (4) HL Dragon Fruit Eco Farm

 (5) Pekan Sg. Pelek 

(6) Banghuris Homestay 

(7) Jeti Sirip Biru 

(8) Avani Sepang Goldcoast Resort

 Manakala laluan perjalanan bagi Lingkaran ke-2 iaitu Cyberjaya/ Salak Tinggi Sepang akan dijalankan pada setiap hari Ahad meliputi: 

 (1) Sama-Sama Hotel 

(2) Tune Hotel

 (3) Mitsui Outlet Park 

(4) BBST Walk 

(5) Xiamen University Malaysia 

(6) Farm Fresh UPM 

(7) Symphony 3 IOI City Mall

 Harga tiket warganegara untuk perjalanan sehari bagi laluan 1 dan 2 

 RM50.00 - dewasa

RM40.00 - kanak-kanak serta warga emas dan pelajar IPTS/ IPTA. 

Tiket bagi bukan warganegara pula RM80.00  dewasa,

 RM70.00 bagi kanak-kanak, warga emas dan pelajar antarabangsa. 

Pakej sekeluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) juga disediakan dengan diskaun RM12 dinikmati berbanding dengan harga tiket individu. 



Farm Fresh UPM

HL Dragon Fruits Eco Farm

Tempahan boleh dibuat melalui laman tempahan       https://hohoselangor.com/home/  dan aplikasi 'Go Selangor' yang dapat diakses melalui laman sesawang https://selangor.travel/,serta laman media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram.

#Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!




No comments:

Post a Comment