Reka bentuk Masjid Kampung Pantai ini dipengaruhi oleh reka bentuk dari masjid Akbar di Aceh,Sumatera.
Tanah Masjid Kampung Pantai ini telah di wakafkan oleh Ayahand Nenda dari Rumah Warisan ,Chenor bertentangan di seberang sungai Pahang. Engku Temenggong Mahmud bersama 3 beradik telah mewakafkan tanah untuk pembinaan Masjid Kampung Pantai.
Ramai tokoh-tokoh ugama yang singgah di sini. Antaranya tokoh Awila ugama yang datang ialah Tok Ku Paloh dari Terangganu.
Masjid Kampung Pantai, Chenor pernah di landa banjir Kuning, banjir besar.
Tetapi telah terpelihara seni binanya dan tetap utuh.
Masjid ini telah melalui baik pulih dan telah di perbesarkan.
MAKAM PAHLAWAN
Tidak jauh dari Masjid Kampung Pantai terdapat makan Pahlawan yang boleh di lawati. Kg Teluk Melati.
Dari ukiran batu-batu nisan yang terdapat di sini,ternyata ianya bukan dari Tanah Melayu. Ukiran batu nisan pengaruh Aceh. Di pahat dan di bawa ke Chenor
Makam pahlawan Anak kepada Tok Bahaman,Hj Idrus pernah terlibat dalam perang di Kelang. Beliau juga menjaga hal ehwal wanita semasa ketiadaan pahlawan-pahlawan lain. Terdapat 7 hingga ke 8 tempat makam pahlawan Ulamak dan pahlawan di Chenor.
Lokasi : Kg Teluk Melati, Chenor
MADRASAH PONDOK POK KOB
Dia kawasan yang sama tidak jauh dari Makam Pahlawan dan Masjid kampung Pantai Lebih kurang 1.2 Km dari Makam Pahlawan,terdapat Madrasah Pondok Pok Kob yang boleh dikunjungi. Apa yang terdapat di sini ialah Galeri Ulama Awlia tokoh ugama.
Galeri ini di wujud kan atas dasar memberi semangat kepada generasi muda agar menghargai tokoh-tokoh ugama.
Di wakaf madrasah pondok Pok kob ini ramai tokoh-tokoh ugama Awlia datang ke sini untuk menyebarkan Ugama Islam sehingga ke Terangganu dan Kelantan. Satu ketika dahulu,Chenor adalah pusat penyebaran Islam. Mufti pertama,Abdul Shukur juga mendapat pengajian di Chenor.
Quran semut 200 tahun di pamerkan di galeri ini.
Quran wakaf 300 tahunQuran semut
Mengikut cerita,Quran semut ini ianya di salin oleh Awlailla Tok Minhat di mana beliau yang tidak dapat menghafal Quran selama 40 tahun,telah menyalin Al Quran dan semasa meninggalkan Al Quran, semut telah mengcelupkan badan ke dalam dakwat dan mengerakkan tulisan Al Quran di atas lembaran kertas.
Kepada pelawat-pelawat yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tokoh-tokoh ulama Awlia,boleh menghubungi pengelola.
Madrasah Pondok Pak Kob
Ustaz Barakatullah Bin Mohd Bahri
No tel: 011-14998463
Waktu lawatan
3 petang - 6 petang
Layari laman sesawang
#tourismpahang
#tourismmaran
#mohrondamaran
No comments:
Post a Comment