Resepi Tapai Pulut

Apa khabar semua pembaca Bloggers.

Di sini saya ingin berkongsi pengembaraan membuat Tapai Pulut.


Percubaan pertama,
Di mulakan dengan pencarian Ragi tapai. Hanya berteraskan maklumat dari Kak Nik yang berasal dari Kelantan,Malaysia,ku mulakan mencari di Pasar Chow Kit.
Memang adalah ragi rata-rata dalam pasar.
Diikuti dengan membeli pulut. Ku pilih Pulut Susu yang terbaik la.

Keesokkan harinya selepas bangun,ku basuh beras pulut sehingga air basuhannya jernih dan di rendam selama 1 jam.

Kemudian di kukus tanpa air selama 20 minit. Di keluarkan dan di tambah air sebanyak 1 1/2 cawan air, sambil di kacau sebati. Dan di kukus semula,lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

Setelah masak di keluarkan serta merta ke atas dulang kenduri. Di kais- kais sehingga leper dan sejukkan.

Setelah sejuk,bole la di tapurkan ragi yang telah di jemur dan dihancurkan  sebanyak 1 sudu besar,dan gula pun sama sukatanya.

Setelah di tabur separuh sudu ragi.dan separuh sudu gula,sekarang bolehlah di balikkan pulut itu dan di tabur lebihan ragi, tadi dan diikuti dengan gula.

Kemudian hendaklah mengcampurkan dengan rata pulut tadi sehingga,agak-agak sebati.

Di tuang dalam bekas dan tutup. Ku guna tupperware yang nampak pulut tersebuk( lusinar).
Ku letak atas almari agar boleh dilihat tiap-tiap hari,akan penapaiannya.

Selepas 3 hari,air tapai akan keluar. Masa tu ku buka dan kacau sehingga rata dan di masukan ke dalam peti sejuk, sehingga benar- benar sejuk sebelum menjamunya.

Belum lagi habis ceritanya pembaca- pembaca Bloggers sekalian hehehe.....

Percubaan pertama kurang manis.
Kata Kak Nik,Ragi Kelantan memang sedap dan manis kalau digunakan.

Oleh kerana nakkan Tapai manis dan terbaik,ku terus buat keputusan mengembara ke Kelantan la.
 Demi mu Tapai ku akan sampai ke Kelantan.

Dengan menaiki bas Express pada pukul 10 am dengan Sani Express dari Terminal Sepadu Selatan ( TBS )melalui Gombak dan jalan ke Tanah Tinggi Genting sambil  menikmati pemandangan hutan-hutan di sepanjangan jalan,terutama di lebuhraya Karak, dan bas berhenti rehat di Kawasan rehat Gua Musang.
Di sini kebanyakkan bas-bas Express seperti Sani Express,Mutiara,Perdana dan beberapa lagi bas yang lain,mengunakan perhentian rehat ini untuk mengisi minyak pertol dan berhenti untuk juadah makan tengahari.
Ku suka perjalanan di siang hari,kerana dapat menikmati pemandangan persekitaran dan lebih yakin selamat.

Setelah 8 jam perjalanan,akhirnya aku sampai di stesen bas Tesco,lebih kurang pukul 5:30pm.

Oleh kerana aku ada kenalan dari kecil yang tinggal di Bachok,aku bermalam di rumah Kak Sapinah ku.

Keesokkannya ku di bawa oleh Kakak Sapinah ke pasar Jelawat,untuk pengembaraan mencari Ragi.
 Selain ragi, pasar ini menjual bermacam-macam jenis -- sayur-sayuran, daging,ayam,ulam- ulam dan terutama adalah kuih-kuih Kelantan yg beranika jenis, seperti kuih Ako,bubur pulut hitam dan bermacam- macam jenis lagi.

Di situ,dari satu kedai ke satu kedai,ku mencari Ragi yang putih melepak,kuputih,kuputih la...hahaha.
Akhirnya setelah berpuas hati,ku telah  menbeli rm 2 saja. Dapat dalam 4 butir. Agak besar jugalah sebesar duit syiling lama 0.50 sen yang lama.

Percubaan kedua,

Setelah balik,dari kelantan,ku mulakan cara-cara yg sama untuk menbuat Tapai,yang lainnya adalah dengan mengunakan Ragi kembara Kelantan, hahaha...
Keputusannya memang memuaskan hati.
Sedap dan manis.
Dibandingkan dengan percubaan pertama yg kurang manis,walaupun ku tambah dengan senyumam hehehe......

Pada pembaca- pembaca Bloggers,yang ingin membuat Tapai, bolehlah mengembara ke Kelantan.

***************************************************************************

Bagi yang ingin tinggal beramai-ramai dengan keluarga atau sahabat handai bolehlah menyewa Homestay Kota Baharu ini yang di dalam bangunan 2 tingkat. Ku sertakan sedikit maklumat mengenainya.


Bilik Tamu Untuk Disewa,
Bertempat di: 
Masjid Sultan Mansor Kampung Sireh Kota Bharu Kelantan.


Masjid Sultan Mansor, Kg Sireh Kota Bharu, ada menyediakan sebuah bangunan dua tingkat yang memiliki 6 bilik tamu untuk kemudahan penginapan para pengunjung ke Kota Bharu Bandaraya Islam..


Bangunan bilik tamu ini yang terletak dalam kawasan masjid amat sesuai bagi ummat islam untuk menginapinya.. 


*Hanya Untuk Muslim Sahaja*
Jarak bangunan bilik tamu ini dgn Masjid lebih kurang 30 meter sahaja.


👍Antara kemudahan bilik yang kami sediakan ialah:


1. Keluasan bilik yang selesa (16 kaki X 16 kaki = 256 kaki persegi)
2. Satu unit katil kelamin (Double) serta 5 bantal.
3. Bilik air pada setiap bilik lengkap dgn air panas
4. Air cond
5. Almari pakaian
6. Satu meja dan dua kerusi
7. Peti ais
8. Satu unit pemanas air letrik serta 3 pinggan dan 3 gelas..
9. Iron pakaian
10. Satu helai selimut dan 2 helai tuala.
11. Sewaan Toto Narita *RM10 Seunit* 

Bolehlah menghubungi no yg tertera dibawah.

Mohamad Zulhilmi bin Abdullah.
0139599016
Imam Muda Masjid.

No comments:

Post a Comment