Kg Jkin Extreme Park,Seremban,Negeri Sembilan.

Cerita saya kali ni,ke Kg Jkin. Memang tak ada dlm peta nama Kg Jkin ni. 

Pengusha 'Resort ' menamakannya dari kalangan nama-nama rakan kongsi mereka.

Bila Google Kg Jkin akan keluar la nama 'Kg Jkin Extreme Park'. kalau dari utara,keluar toll Seremban menghala ke Jelebu,akan berjumpa la 'Resort' Kg Jkin. Perjalanan nori dari Kuala Lumpur mengambil masa kurang 2 jam,lebih kurang 67 KM.

Kg Jkin Extreme Park,amat sesuai untuk percutian jangka pendek hujung minggu. Sesuai until 'Team Building's dan tak lupa juga Kem Terapi Alami Islami.



Nampak tenang pintu masuknya. Rombongan saya bersama Propa Rangers di sambut oleh 'CEO' Kg Jkin sendiri bersama pekerja-pekerja professional yang mengendalikan'Extreme Park'. 

Selepas di beri taklimat mengenai Kg Jkin Yang berkeluasan 10 hektar, Kami dihantar menaiki kereta '4 wheel drive' melalui Bukit dengan jalan yang berliku sedikit menuju ke 'Resort Penginapan'. Di situ kumpulan Kami di bahagikan ke beberapa jenis penginapan. Kami mendiami jenis'Dome' dengan katil 6 ,atas dan bawah. Apa yg menarik ialah,susunannya memberi Kita ruang masing- masing,seperti katil dalam keretapi,sederet. Bagi saya,amat selesa la. Sebab ada ruang masing- masing. 

Ini adalah Rumah Ghaharu Maxsimum 2 orang.
Kediaman Pulai 1,2 maximum 4 orang. Dan Pulai 3,maximum 3 orang.

Ada yang lain pada lain,ialah kediaman 'Hobbit' tak perlu ke luar negara,di Kg Jkin ada.



Selain itu,ada kediaman Campsite.

Ada seperti pondok,yang ni pun best,konsep Kg Jkin adalah konsep 'Resort' suasana semulajadi di dalam hutan. Jadi,perlu lah membawa Kain tuala,sabun,shampo,berus Gigs dan sejadah untuk kegunaan sendiri di Kg Jikin. Kerana Kg Jkin tidak menyediakan keperluan ini.

Air yang Kg Jkin gunakan,adalah air dari Bukit Putus yang di selia sendiri oleh Kg Jkin. Air ini sangat jernih,dan selamat untuk di minum terus seperti air Mineral.



Selepas 'check in' ,kami di beri taklimat sebelum memasuki hutan Bukit Putus. Perlu menjaga pertuturan semasa memasuki hutan. Tidak boleh bercakap yang tidak elok kata CEO En Jefri.

Dengan keperihatinan pengunjung,dapat lah pengunjung-pengunjung lain menikmati suasana yang bersih tanpa sampah dan botol kosong mineral yang sering Kita lihat di tempat-tempat lain.

Suasana amat nyaman dengan udara segar dari hutan semulajadi Bukit Putus. Bukit Putus menghubungkan antara Seremban dan Kuala Pilah.

Di sini juga terdapat kesan sejarah Perang Saudara yang berlaku sekitar tahun 1875,berhampiran dengan Gunung Angsi. Peperangan tercetus akibat perselisihan faham di antara Yamtuan Antah dan Tengku Ahmad Tunggal Yang disokong oleh pihak British,selepas kematian Yamtuan Imam,Pembesar,Negeri Sembilan dan berakhir dengan kemenangan di pihak Yamtuan Ahmad Tunggal.

Ok la berbalik semula kepada cerita percutian hujung minggu di Kg Jkin,di ikuti acara masuk hutan. Mula-mula yang di temui adalah pokok Tongkat Ali,dengan nama saintifiknya ' Eurcoma Longifolia'  kalau payah nak sebut,sebut je Tongkat Ali haha....

Kami diberi infomasi mengenai pokok Tongkat Ali ,bagaimana mengenalinya.

Pertama,ambil daun Tongkat Ali dan lecek Kan di tapak tangan,kalau tak hancur daunnya,memang sah la Pokok Tongkat Ali.

Kita hanya boleh pastikan pokoknya, Nak bawa balik tak dapat la mencabutnya,takut Kita yang tercabut dibuatnya. Kerana akarnya akar tunjang jauh ke dalam tanah.


Pokok nya  lurus tinggi dan di bawah ini adalah Anak Pokok Tongkat Ali.
Di sebabkan penemua Pokok Tongkat Ali oleh Orang Asli yang mengunakan sebagai ubatan mereka ,Kita juga dapat menikmati herba ubatan semulajadi.
Seterusnya Penemuan satu lagi pokok, adalah Pokok Ghaharu di hutan semula jadi. Yang ini tak ada gambar. Kalau nak lihat,kono la masuk hutan ke Kg Jkin,Bukit Putus. Saya memang asyik dengan loghat Nagori ni haha..syok sendiri...
Kami terus mendaki untuk naik ke atas hutan Bukit Putus,Ada yg menggunakan tali untuk perpaut. Memang best la, tapi stamina kena ada la sikit, kalau minat terhadap alam semulajadi, pastinya stamina datang secara semulajadi juga haha..

Jom teroka lagi,masuk dalam hutan bertemu pokok- pokok yang besar,diantaranya sempat, 'Team Propa Rangers' bergambar berhampiran pokok yang sudah tumbang.

Yang in lagi teruja melihat pokok yang besar. Pokok ini adalah tempat yang paling selamat untuk berlindung  dari binatang buas, sekiranya berada di dalam hutan.
Ini la nori yang menjadi model yang tak berapa menjadi. Sebab model utama adalah di belakang nori tu. Teruja sungguh akan pokok ini,yang kami dapat lihat ada banyak lagi pokok-pokok lain yang berbagai-bagai, sepanjang pendakian kami.

CEO Jefri terus mengepalai 'Team propa Rangers.Kami terus mengikuti jejak CEOC Jefri ke dalam hutan,sambil memberi pengetahuannya mengenai hutan Bukit Putus. Unggun api kecil juga di nyalakan sebagai keselamatan,bertujuan supaya binatang buas tidak menghampiran kawasan laluan kami. Juga sedikit letupan di bunyikan,bagi tujuan yang sama.Jadi itu la di antara peraturan- peraturan memasuki hutan dengan diiringi oleh orang yang arif tentangnya.
Seterusnya kami turun dari Bukit Putus,menuju ke restorant Dapur Perempuan Cantek,untuk makan tengahari dengan hidangan masakan kg  Negeri Sembilan. Di antara menu nya adalah Masak Lomak cili padi.
Selepas makan tengahari kami pulang ke bilik masing- masing untuk beristirehat sebelum naik semula ke Dapur Perempuan Cantek bagi makan malam dan mendengar taklimat dari CEO Jefri pada malam nya.
kami di hantar ke lembah bukit ,ke kediaman kami ,dengan mengunakan kereta pacu 4 roda.
Tiba masa makan malam,kami berkumpul di Dapur Perempuan Cantek.Selepas itu CEO Jefri memberi taklimat tambahan, Sessi karakoke menamatkan malam.
Malam di Kg Jkin memang sejuk sekali tanpa penghawa dingin dan kipas. Walau pun kipas ada di sediakan. 
Tak sempat bermimpi dah subuh. Berasa amat segar di pagi hari. Di katakan mandi air sejuk membuat awet muda. Sejuk sangat,mandi aja la....hahah
Selepas sarapan,kami membuat senaman ringan sebelum mengikuti acara ATV. Walaupun berempat roda,saya tak pernah naik ATV ni. Memang takut yang amat sangat,kerana ingin mengcuba,ku rela terpaksa. Ada jurulatih yang memberi taklimat dan membimbing sehingga ATV bergerak,apa yang penting 'Break' apa jadi pun 'Break' aja. Jangan keluarkan kaki kata jurulatih. Bila sudah merasai ATV bergerak, rasa takut,mulai menghilang. Terbaik!  la ATV dan termurah pulak tu Rm 10 aja! Memang pengunjung yang ke sini,saya syorkan menaiki nya.
Seterusnya di ikuti dengan buaian.Buai ni kalau sesiapa yg gayat akan ketinggian,memang tak boleh buai la. 

Pekerja Kg Jkin yg mesra,memberi taklimat tentang aturan menaiki buaian.
Yang ini memang best la. Flying Fox dengan ketinggian 150 Meters je.

Selepas turun dari Flying Fox,boleh la menyejukkan badan dengan mengcuba Monkey Zipline pula.

Dengan Monkey Zipline ,anda akan terjun dari gelongsoran buaian tu terus ke dalam kolam air bukit buatan. Tidak di galakkan memakai pakaian berwarna putih, kalau tidak lepas keluar warna tshirt anda bertukar ke warna kolam la hahah ...
Di setiap tempat percutian,sudah pasti kita akan tercari-cari sport untuk bergambar. Ini di antara sport yg menarik.





Itu la cerita percutian pengalaman 2 hari ,satu malam  saya bersama geng kami Propa Rangers di Kg Jkin.
Teringat-ingat lagi akan keseronokan percutian di sana. 


Selamat berkunjung ke kg Jkin,Seremban, Negeri Sembilan.
Sila hubungi link di bawah untuk maklumat lanjut.


1 comment: