Pulau Benan kepulauan Riau

Setelah singgah bergambar di Jambatan Barelang,kami mereruskan perjalanan ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Benan. Dari bandar Batam ke Jeti Pulau Labun mengambil masa lebih kurang 1 jam.Selatan Batam. Di terus kan menaiki boat selama 30 minit untuk sampai ke Pulau Benan. Pulau Benan terletak di Lingga kepulauan Riau.



Setelah sampai kami di jemput menaiki tuk tuk ala Pulau Benan. Nampak ceriakan hahah....




Di sepanjang perjalanan ke Benan Resort Island,kami menikmati pemandangan pokok-pokok kelapa hingga la sampai. Satu-satunya Resort yang unik dengan di penuhi pokok-pokok kelapa. Dan kami di jamu minumam air kelapa segar.





Gambar di bawah adalah kawasan Benan Island Resort yang di kelilingi pokok-pokok kelapa. Pemandangan yang menenangkan.




Kami menikmati makan tengahari yang di sediakan oleh Benan Island Resort sebelum solat Zohor dan Asar dan sebelum meneruskan aktiviti kami Team Building dari group Media. Yang bermula dari memasuki Pulau Batam pada 13 Julai 2022 dari jemputan Batam Promotion Tourism Board.

Makan Tengahari




Bilik berdua (Twin sharing)


Air mineral,cup noodle dan set kopi teh

Setelah memasuki bilik,kami meneruskan aktiviti Team Building yang di ketuai oleh Bapak EEdi dari badan Batam Promotion Board.




Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan sebelum memulakan aktiviti. Salah satu adalah mengumpulkan pasir laut dengan di mulakan menyeduk pasir dari barisan belakang dengan menuangkan kepada peserta di hadapan mengikut satu barisan hingga ke bekas pengisian pasir, hingga tamat masa yang di berikan beberapa saat.
Sungguh mengembirakan aktiviti-aktiviti yang dia jalankan.

Setelah selesai kami di beri masa bebas untuk melihat- lihat sekeliling Resort.
Selain bilik- bilik Resort, ada pilihan lain dimana penginapan Glamping juga di sediakan bagi mereka yang ingin merasai suasana berkhemah.
Di sini peserta lelaki dari kumpulan Media kami menginap di Glamping pada malam itu.

Glamping

Berkhemah secara glamping tilam di sediakan dan kipas atau penyaman udara juga di sediakan. Berbeza dengan berkhemah.

Setelah puas beraktiviti kami ke pantai. Aktiviti berkayak ada salah satu aktiviti laut yang dapat terdapat Benan Resort.


Rak kayak

Berjalan- jalan di pantai di waktu petang juga menyeronokan sambil menghidu udara laut.






Kemudian di sudahi dengan makan malam yang amat istimewa sekali. Hidangan makanan laut Pulau Benan.








Bagi yang belum pernah merasai jenis-jenis makanan laut yang di sini,silalah  berkunjung ke Pulau Benan Resort untuk merasai percutian dan makanan laut  istimewa.
Ikutilah blog-blog saya yang lain.



Email : benanresort@gmail.com
Telefon : +62 822-1115-8899

#BatamTourismBoard 
#PelanconganBatam 
#WonderfulIndonesia
 #BenanIslandResort

 

No comments:

Post a Comment