Reka bentuk ' Jengka Wonderland' telah di reka oleh pengusaha itu sendiri. En Mohd Rafi Bin Ekramuddin.
Beliau adalah kontraktor. Semuanya bermula apabila beliau memulakan membuat kerusi meja dari konkrit semen dan mewarnakan berbagai warna. Kemudian di ikuti pula idea membuat tembok bangunan dengan berbagai reka bentuk, seperti ala-ala India Kashmir.
Taman tema air Jengka Wonderland di kunjungi oleh warga Temerloh, Maran juga yang datang dari luar daerah.
Terdapat gazebo yang boleh di sewa untuk sekeluarga. Kemudahan kipas dan plug dinding juga di sediakan.
Gerai makanan ringan juga terdapat di situ.
Makanan dan minuman dibenarkan di bawa masuk.
Kedai pelampong menyediakan sewaan pelampong dan almari simpanan barang-barang peribadi.
Bagi yang ingin membeli pakaian dan selipar ,boleh la mengunjungi kedai di dalam 'Jengka Wonderland'. Surau lelaki dan perempuan boleh di gunakan dalam waktu operasi taman tema air ini.
Bayaran masuk ke Jengka Wonderland seperti berikut.
Dewasa Rm 18
Kanak-kanak Rm 15
Oku Rm 10
WAKTU OPERASI
HARI BIASA (BEKERJA)
Isnin – Jumaat (Kecuali Khamis Ditutup) : 10.30AM-7.30PM
Sabtu & Ahad : 9.00AM-7.30 PM
HARI CUTI SEKOLAH
Dibuka SETIAP HARI 9.00 PAGI – 7.30 MLM
Tel No: 019-932 7987
#maranunlimited
#tourismpahang
#cuticutimalaysia
No comments:
Post a Comment