Selepas melawat 'Deer Park' kita ke Kuala Gandah konsavasi gajah. Pusat konservasi gajah di Kuala Gandah berdekatan dari 'Deer Park' ,4.7 km jauhnya.
Di sini pelawat hendaklah mendaftar masuk dengan mengemukan MyKard dan menandatangi borong perpersetujuan antara pelawat dan Pusat Konservasi Gajah. Ini berkenaan tanggungjawab ke atas diri sendiri semasa berada di Pusat ini.
Unit pengurusan gajah bermula hanya dengan 4 ekor gajah yang di import dari Assam,India.
Gajah ini di namakan Ganesh,Paul Bahadur,Lokimala dan Bahadur.
Gajah bernama Lokimala masih ada di.Kuala Gandah dengan usia 79 tahun dan tertua. Biasanya gajah liar hidup hingga ke usia 60 tahun.
Gajah berusia 12 tahun bernama 'Seladang' yang terperangkap dalam jerangkap pemburu yang kejam boleh di lihat di Pusat konservasi di Kuala Gandah. Antara gajah- gajah lain yang terdapat di sini ialah Sanum,yang terselamat dari serangan harimau. Juga wira gading ,iaitu Lasah,si panyayang Abot yang merupakan pelapis Chek Mek ketua gajah tersohor di Kuala Gandah.
Saya sempat bergambar dengan Seladang yang kehilangan kaki sebelah. Comel sangat dia.
Pusat konservasi gajah di Kuala gandah di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) adalah satu-satunya pusat konservasi yang di bina bagi tujuan penempatan gajah-gajah yang terasing serta yang mempunyai kecederaan serta yang tidak mempunyai peluang untuk hidup di hutan sendiri.
Pusat Konservasi,Kuala Gandah ini telah berjaya mengurangkan kepupusan populasi gajah dengan menempatkan semula lebih 450 ekor gajah liar.
Pengunjung boleh menyumbang wang dan juga bahan- bahan makanan seperti gula merah,beras,susu Anlene gold milk 51,Dumex Dugro untuk usia 1-3 tahun,Nestiva Omega plus dan glukos.
Pelawat tidak di benarkan membawa makanan masuk ke dalam. Di kawasan tempat letak kereta,boleh la memakan makanan yang di bawa.
Tiada bayaran masuk di kenakan.
Di buka setiap hari dari
9pagi - 4:30 petang
Jadual Harian untuk Pelawat
10 pagi- pendaftaran masuk
10:30 pagi- Lawaran ke Pusat Interpretif
10:40 pagi - Lawatan ke kawasan meragut rumput/ senaman
11:40 pagi - Lawatan ke tempat Mandi gajah bersama ' Mahout' ( Isnin -Khamis kecuali cuti awam).
12:30 tengahari- memberi makan kepada anak- anak gajah.
1:00 ptg & 1:30 ptg Tayangan Video mengenai penempatan semula gajah.
2:15 ptg - persembahan informatif oleh gajah-gajah.
Memberi makan gajah dan seai bergambar.
Memandikan anak-anak gajah
( Tertakluk kepada paras air dan cuaca)
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 012-322 3934
Website: www.wildlife.gov.my
Selepas lawatan di sini,saya cadangkan makan tengahari di restoran 'Go Bang Maju'
Lebih kurang 35 min,43 km dari Kuala Gandah ke restoran. Ikuti blog saya Go Bang Maju restoran.
http://www.kampungstaydesamurni.com
https://www.facebook.com/kampungstaydesamurni
https://www.instagram.com/kampungstaydesamurni/
No comments:
Post a Comment