BUKIT KERTAU, CHENOR

Satu lagi destinasi yang menarik ialah mendaki Bukit Kertau. Terletak di Chenor, di dalam daerah Maran. Lebih kurang 41 KM,40 minit perjalanan dari Maran Hill Golf Resort.


Melalui jalan dakian ladang kelapa sawit pada mulanya. Teruskan saja mendaki ke atas. Memakan masa selama lebih kurang sejam. Ini dapat menghilangkan kalori bagi yang suke mendaki.


Pada zaman pemerintahan British, Bukit Kertau juga di jadikan pusat rujukan lokasi. 

Bukit Kertau pernah di jadikan pusat pemetaan satu ketika dulu,di tahun 1948-1989. Menjadikan titik asal pemetaan dan pengukuran. Tetapi tidak lagi sekarang.

Terdapat juga kisah- kisah mistik yang menceritakan bahawasanya terdapat kawasan rumput lapang yang seperti di jaga. Dan terdapat juga haiwan seperti ayam dan kambing. Mungkin dapat melihat tapi jangan di tangkap bawa pulang haha...

Bagi yang berkesempatan,jadikan lah Bukit kertau sebagai salah satu detinasi yang harus di kunjungi. Kerana Maran adalah destinasi yang tiada hadnya.


Lokasi :Bukit Kertau

https://maps.app.goo.gl/3imVaotfjc854f3j6



Layari laman sesawang 
http://maranunlimited.com/


#tourismpahang
#tourismmaran
#mohrondamaran

No comments:

Post a Comment