Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang Tempat Percutian Di Selangor

Resort Taman Eko Rimba Komanwel adalah tempat rekreasi yang amat menarik bagi yang sukakan aktiviti luar.




Baru- baru ini Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan program FAM TRIP  (Familiarization) atau Open Day,di Resort Taman Eko Rimba Komenwel.
Program ini telah di rasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian,Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.

En Azrul Shah Mohamad,ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor,telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komenwel sebagai penaja lokasi.

Resort Taman Eko Rimba Komenwel  terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang,kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesis dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM).
Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komenwel (RTERK) di lancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komenwel ke -14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang di sediakan dengan pemandangan panorama,  susunan formal dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Ianya amat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Antara aktiviti-aktiviti yang menarik di Taman Eko Rimba Komanwel adalah seperti berikut,













Jikalau hujan masih ada bumbung menutupi khemah.


Khemah Tepi Sungai



Merentas sungai,
Berkayak
Berbasikal
Scoter letrik
ATV
Berkhemah (Glamping)
Berjogging
Mendaki Bukit
Ladang kelulut



Tempat-tempat bergambar juga sediakan seperti,
Taman Mini Cik Bunga


Pondok Telipon Cik Bunga

Welcome RTERK 


Di cafe juga agak menarik untuk bergambar kerana di kelilingi bunga-bunga.





Forest By Cik Bunga 



Di sini kita boleh memesan makanan dan minuman.




Bagi yang inginkan penginapan biasa, RTERK,juga menyediakan Resort untuk bilik berdua dan berempat.



Dan Cottage Putih.


Bagi acara berkumpulan,senaman arobik juga menarik.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi dibawah.

#ResortTamanEkoRimbaKomenwel
#Dekatje
#PusingSelangorDulu
#TourismSelangor
#CuticutiMalaysia
#TourismMalaysia

📍Resort Taman Eko Rimba Komanwel
KM 23, Jalan Kuala Lumpur, 48000 Rawang, Selangor

No comments:

Post a Comment