LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA Percutian, Negeri Johor

Perjalanan dari Kuala Lumpur membawa kami ke Negeri Johor Darul Ta'zim. Negeri paling selatan Semenanjung Malaysia.

kami menaiki bas selama 6 jam untuk sampai ke Bandar Penawar,Johor. Bas dari TBS,Kuala Lumpur mudah di dapati. Boleh relek dan tak perlu memandu.

Tetapi bagi yang berkeluarga mungkin lebih selesa jika memandu sendiri ke LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA RESORT,PENGERANG.

Lotus Desaru Beach & Resort Spa

Di LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA  ,tempat parker kereta memang ada di sediakan di bawah tempat penginapan. Amat mudah untuk  ke unit-unit penginapan. Untuk berulang alik ke Lobi setelah memakir kereta,perkhidmatan 'Shuttle Service' ada di sediakan.

Lobi Resort



Dari 'Lobby' untuk ke restoran TERATAI CAFE,LOTUS SPICES((restoran India),RHU SEAFOOD ,BEACH HUT BAR dan BBQ KOREA,Perkhidmatan Pesana Makanan dan Perkhidmatan katering.Hanya perlu berjalan  kaki ke arah pantai.Di mana restoran-restoran itu terletak. Gambar di bawah ini adalah Restoran Teratai,yang menyediakan makanan malam bufer. Makan dengan tiada terhadnya.










Gambar di atas adalah RESTORAN TERATAI.

Dibawah ini,adalah di antara senarai makanan India yang sempat saya ambil sewaktu disana. Gambar di bawah ini adalah Restoran India ,' Spice'







Gambar di atas restoran 'Spices' 

Restoran yang di penuhi orang sewaktu makan malam,saya berkesempatan mengambil video pendek yang tak ada 'stablizer'jadi rakaman agak bergegar la sedikit  hahah... iatu Restoran Rhu Seafood.


Dan satu lagi adalah Restoran Korea BBQ.

 


Hotel Penginapan

Dari unit penginapan,kami dapat melihat kolam renang yang kebiruan.



Walaupun kawasan resort ini besar,tetapi mudah untuk bergerak dari satu fasiliti ke satu fasiliti,seperti ke pusat urutan 'Spa' yang berdekatan dengan kolam renang utama. Kolam renang disini seperti Taman Tema,yang di perbagaikan reka bentuk ,seperti gelungsur sungai malas dan lain- lain. Seronok sangat bergelungsur di sini.

Di situ juga di sediakan makanan dan minuman yang boleh di beli.









Setelah penat beraktiviti,LOTUS SPA menawarkan perkhidmatan urutan,mandi wap,'Scrub' badan,rawatan kuku dan kaki untuk nampak lebih bersih dan berchaya.

Selain dari Kolam Renang,Spa ,Restoran ,aktivi laut,terdapat juga pusat gimnasium,kawasan aktiviti berkumpulan (Team Building),aktiviti laut seperti menaiki bot,para sailing dan lain-lain lagi.

Unit-unit hotel di sini berlainan dari hotel biasa. Ianya lebih luas dan mempunyai dapur kering dengan 1 bilik,2,3 dan 4 bilik dan 'Pent House' adalah yang paling luas ruangan kediaman dengan 3 bilik dan bertingkat 2 ,menaiki tangga ke tingkat atas.












Gambar di bawah adalah 3 bilik ,iaitu bilik penginapan kami.

Dapur Kering dan Ruang Tamu

Katil saiz 'king'

katil saiz 'Queen'

Katil 2'Single'

Bilik Mandi 

Almari Bilik

Keesokan harinya kami menikmati sarapan pagi di Dewan Seaview di tepi pantai. Dengan udara yang segar sambil menikmati pemandangan Matahari terbit.

Bilik saiz katil 'Single' berkongsi bilik mkandi dengan bilik saiz katil 'Queen'.

Bilik saiz katil 'King' dengan bilik mandi di dalamnya. Ada di sediakan cerik letrik,pingan,cawan sudu,dan sponge basuh. Selain itu Tv,kipas angin,serika dan wi-fi.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi maklumat di bawah.

📍LOT 1854 Jalan Desaru,Bandar Penawar,81930,Kota Tinggi,Johor Darul Ta'zim,Malaysia.

☎️ +6078842800

📥 rsvn@lotusdesaru.com

🌐 https://lotusdesaru.com/

https://www.facebook.com/Lotusdesarubeachresort/

https://instagram.com/lotusdesarubeachresort?igshid=YmMyMTA2M2Y=

No comments:

Post a Comment